Untuk Semester 3 saya dan rakan-rakan di minta untuk buat beberapa tugasan bagi subjek Audio Video Technique.
Untuk task audio :-
1. DJ Radio
Actually, bagi saya bukan senang untuk menjadi seorang DJ kalau kita sendiri takde idea untuk dikembangkan. Selain daripada itu, untuk menjadi seorang DJ atau pengacara kita perlu mempunyai pengetahuan yang luas serta dapat berkomunikasi dengan baik dan jelas untuk memudahkan pendengar faham apa yang ingin kita sampaikan. Maka ini la yang jadi jika mempunyai idea yang kurang jelas.. kaku je. huhu
2. Iklan Ramdhan
Untuk tugasan kali ini kami diminta untuk membuat iklan di radio tetantang Ramadhan. Saya memilih untuk menceritakan tentang adab berbuka puasa. Sebelum merakamkan rakaman suara untuk mencipta sesuatu iklan, anda perlu mengumpulkan sebanyak mana maklumat tentang perkara yang akan diiklankan. Contohnya, iklan Kurma jenama Yoosuf Tayyub. Anda perlu megetahui jenisnya, produk yang dikeluarkan serta kelebihan yang terkandung dalam produk. Setelah itu, rakamkannya dengan penuh penghayatan kegunaan produk, untuk menambahkan lagi keyakinan pada pengguna. Ini antara hasil yang saya lakukkan. Mungkin banyak kekurangan tapi bagi saya sudah memadai untuk percubaan pertama.
Untuk task Video :-
1. Sudut (Angle)
Tutorial video yang pertama ini kami di minta untuk membuat satu video ringkas untuk menunjukkan pelbagai jenis angle seperti Extreme wide shot, Very wide shot, wide shot, Mid shot, Medium close up, Close up, Extreme close up, Cutaway, Cut-in, Two shot, Over the shoulder shot, Noddy shot, Point of view shot, Weather shot dan sebagainya. Dalam proses pengambaran, sudut itu penting kerana sudut dapat memperjelaskan lagi situasi dan jalan cerita yang ingin disampaikan oleh produksi. Apabila kita tahu jenis-jenis sudut untuk rakaman gambar, kita dapat merancang jalan cerita yang lebih menarik dan terperinci agar jalan cerita nampak tersusun .
2. Stop Motion
Apa yang saya faham, stop motion ni adalah sesuatu gambaran yang kita rakamkan setiap pergerakan dan mencantumkan nya menjadi satu jalan cerita. Contohnya cerita kartun Wold of ParaNorman. Pengambarannya dilakukan menggunakan konsep stop motion, dan di cantumkan ke semua gambar serta di edit pergerakannya sehingga menjadi satu cerita yang menarik untuk ditonton. Untuk assignment video saya, saya diminta untuk merakamkan gambaran berkonsepkan stop motion. Maka inilah hasilnya. 
Untuk menghasilkan sesuatu produk audio atau video, adalah lebih baik kita menyediakan beberapa perkara untuk dijadikan sebagai pengumpulan idea. Contohnya, sinopsis atau ringkasan jalan cerita. Melalui sinopsis atau ringkasan jalan cerita ini kita akan lihat beberapa gambaran jalan cerita. Setelah itu, kita perlu sediakan concept story. Ianya bertujuan untuk memperjelaskan lagi bentuk dan situasi jalan cerita. Seterusnya, perlu menyediakan story board atau story line. Proses ini adalah untuk perancangan jangka masa pengambaran. Selain itu, proses ini juga bertujuan untuk  mengatur bagaimana pembawa watak beraksi dalam melakonkan watak yang diberikan. Akhir sekali, edit dan kemaskan rakaman supaya lebih cantik dan teratur. Setelah itu, boleh dipaparkan untuk didengar atau ditonton oleh orang ramai.
Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini. InsyaAllah, di lain hari saya akan kongsikan serba sedikit matapelajaran yang telah  saya belajar. Pesanan ini untuk saya serta pembaca, 
"Jangan pernah putus asa dalam menuntut ilmu, kerana ilmu itu akan menerangi jalan kehidupan mu yang gelap".






