Ketika mula bertemu, Terasa bagai telah lama bersua, Kau sambut hulur tanganku, Bertegur sapa penuh mesra. Menimba ilmu bersama, menghadapi susah dan senang bersama. Sahabat kau hadir tika aku bersendirian. Kau menerangi liku-liku hidupku untuk terus berusaha dan berjaya bersama..
MaDaNa SoLeHaH
Ketika aku mula mengenali mereka. Mereka adalah antara yang sangat rapat ukhwah nya, kemana saja mereka pergi mesti bersama dan setelah aku bersahabat dengan mereka aku juga sentiasa bersama mereka tika itu. Kini aku hanya bersama mereka dalam doaku kerana keadaan memisahkan kami supaya mencipta sebuah kesetiaan dan kerinduan antara sahabat.
DMT0712
Saat mengejar cita-cita untuk terus berjaya. Mereka adalah semangat baruku tika aku di suatu tempat yang baru. Walaupun mereka adalah semangat baruku, tapi tak bermakna aku terus melupakan sahabat lamaku yang telah banyak mengharungi liku-liku bersama suatu tika dulu.
Hadirnya seorang teman mengajar kita apa itu erti rindu...
Hadirnya seorang teman membuatkan kita berbicara tanpa rasa malu..
Hadirnya seorang teman membuatkan kita selalu tersenyum..
kerana teman bukan untuk sementara tapi untuk selamanya.



No comments:
Post a Comment